
Siapa Kami ?
Misi Kami
Kami adalah sekumpulan pengikut Yesus yang telah menemui jalan kepada pengharapan melalui penemuan, ketaatan dan perkongsian kebenaran firman Allah, iaitu Alkitab.
Misi kami adalah untuk menolong orang lain menemukan jalan kepada pengharapan dengan mencari, mentaati dan berkongsi kebenaran firman Allah, iaitu Alkitab.

Pengalaman Luar Biasa
Setelah mencuba segala sesuatu yang dunia katakan dapat memuaskan hati kami, kami mendapati bahawa semua perkara ini (wang, kuasa, kejayaan, populariti dan lain-lain) akhirnya kosong. Sejak pertama kali kami mengenal dan mula mengalami Allah yang mencipta serta mengasihi kami, hidup kami telah berubah selama-lamanya.
Kami percaya dengan sepenuh hati bahawa anda juga boleh menemukan jawapan kepada persoalan dan pergumulan hidup. Hidup anda sememangnya mempunyai tujuan, dan anda juga boleh menemui kebenaran ini bersama-sama dengan orang lain yang turut mencari makna dalam hidup mereka.
Pesanan Allah
Allah telah mengutus Yesus ke dalam dunia dengan membawa pesan untuk semua bangsa dan suku:
- “Aku datang supaya kamu memperoleh hidup, dan hidup yang berkelimpahan.”
- “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”
